Searching...
Tuesday, November 3, 2015
5:05 AM 0

MASYALLAH! (7 FOTO) Gadis berhijab ini ialah seorang doktor yang amat cantik jelita, namun sungguh tidak sangka membuat ramai lelaki tiba-tiba jatuh sakit?


Kami perasan sejak beberapa hari ini foto gadis jelita yang kelihatan bagai seorang doktor ini mulai viral di laman sosial. Masing-masing bertanya siapakah gerangan wanita cantik ini. Ada yang cakap pelakon dan macam-macam lagi.

Sebenarnya gadis ini sudah tidak asing lagi di dalam dunia peragaan terutamanya pakaian daripada pelbagai butik Muslimah terkemuka di Malaysia.

Yang menjadi persoalannya, betul ke doktor?

Model terkenal


Sebenarnya Engku Sulwani merupakan model terkenal dalam bidang peragaan pakaian di Malaysia. Antara nama-nama besar yang pernah menggunakan khidmatnya ialah Zawara, Ariani, Tudung Ruffle, dan banyak lagi.


Kariernya di dalam bidang seni tidak hanya terikat dengan dunia peragaan sahaja malah bergelar duta bagi beberapa produk kecantikan dan sering kali menghiasi majalah-majalah terkemuka seperti Nona, Wanita, Intrend dan banyak lagi.


Pelajar perubatan & bakal doktor


Yang mana masih tertanya-tanya lagi tu adakah gadis ini seorang doktor seperti yang diviralkan di laman sosial, ini hasil carian kami.


Engku Sulwani merupakan pelajar perubatan di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dan dalam erti kata lain, bakal doktor lah.

Pelajar cemerlang di sekolah


Bukan calang-calang tau. Untuk pengetahuan korang, gadis ini merupakan pelajar cemerlang disekolah dan berikut keputusannya ; UPSR 5A, PMR 8A, SPM 9A. Dirinya juga bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kelantan.

Jadi tak hairan lah sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan dan bakal bergelar doktor suatu hari nanti.

Maaf, sudah berpunya


Perit untuk diterima namun itulah hakikat yang perlu ditelan oleh jejaka-jejaka di luar sana. Maaf, bakal doktor ini sudah berpunya.

Sumber: Ohbulan

0 comments:

Post a Comment