Searching...
Friday, November 6, 2015
12:51 AM 0

2 FOTO & VIDEO detik-detik Tun Mahathir disiasat dan diambil keterangan oleh pihak polis yang betul-betul buat kami mengalirkan airmata


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada pihak polis sekiranya mereka mahu menangkap beliau.

Perkara ini dinyatakannya ketika selepas beliau diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary di sini, pagi tadi.

Sumber video: Harian Metro

"Mereka bertanyakan soalan dan saya tidak jawab dan saya tidak tahu apakah sebab saya disiasat dan saya serah kepada mereka. 

"Saya juga menyerahkan segala keputusan kepada mereka sekiranya mereka menahan saya," katanya ketika ditemui media. 

Dr Mahathir turut menafikan khabar angin kononnya akan meninggalkan parti UMNO.


Sementara itu, peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata Dr Mahathir disoal berhubung beberapa perkara, termasuk kehadirannya dalam menyertai Perhimpunan BERSIH 4, di ibu negara hujung Ogos lalu. 

"Tun diwakili oleh tujuh peguam, tiga daripada mereka berada bersama-sama ketika beliau diambil keterangan. 

"Pihak polis diketuai Superintendan Azham Othman bersama dua pegawainya merakam percakapan beliau dari jam 11 pagi hingga 11.45 pagi," katanya.


Mohamed Haniff berkata, Dr Mahathir memberi kerjasama penuh semasa keterangannya diambil namun mengambil pendekatan untuk tidak menjawab beberapa soalan selepas dinasihati peguamnya.

Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment