Sementara di bahagian atas pula terdapat penonton yang rela duduk di atas tangga asalkan dapat menonton persembahan tersebut secara live.
Sambutan hangat ini adalah kerana kelab-kelab penyokong artis yang bertanding yang memberikan sokongan padu terhadap artis kegemaran mereka.
Selain itu, pengacaranya Nabil, Jihan dan juri Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim turut mempunyai peminat masing-masing.
Tidak ketinggalan juga penaja utama program tersebut, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Vida yang turut mendapat tepukan yang amat gemuruh sebaik masuk ke dalam dewan.
Apa yang menarik tentang Datuk Vida ini adalah crown (tiara) yang dipakainya. Setiap minggu, Datuk Vida akan memakai crown yang berlainan dan setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri.
"Crown yang saya pakai ini harganya paling mahal adalah dalam RM100 ribu lebih. Manakala yang murah pun harganya adalah dalam lingkungan RM10K lebih.
"Setakat ini saya ada 10 crown yang ditempah di Hong Kong. Dah jadi hobi saya suka kumpul dan pakai crown ini sejak lima tahun lalu. Angan-angan nak jadi puteri raja. Kena pula dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah.
"Saya biasanya pakai crown ini semasa promosi produk-produk saya atau ada event-event tertentu yang memerlukan saya tampil menarik. Jadi kenalah saya pakai crown yang senang suai padan dengan baju-baju," ujarnya jujur.
Datuk Vida juga mendedahkan dia mempunyai cita-cita untuk memiliki kedai emasnya sendiri suatu hari nanti.
"Saya minat sangat dengan barang-barang kemas tetapi saya sibuk sangat sampai tak ada masa. Jadi saya terpaksa tangguhkan dahulu sehingga saya bersedia kelak," jelasnya.
Bercerita mengenai program Gegar Vaganza pula, Datuk Vida sangat gembira dengan penerimaan peminat yang di luar dugaan itu. Beliau juga berharap agar produknya Qu Puteh dan Pamoga dapat diterima oleh semua rakyat Malaysia kerana baginya produk-produknya itu berkesan.
Sumber: Myartis
0 comments:
Post a Comment