Erma berkata, dia membuat keputusan itu pada tiga minggu lalu selepas melihat kesungguhan Bade yang enggan bercerai dengannya.
"Saya tak jadi cerai. Keputusan itu dibuat pada tiga minggu lalu. Saya tengok Bade bersungguh-sungguh mahu menjaga hubungan kami.
”Keputusan itu juga dibuat selepas suami bersungguh-sungguh desak saya tarik balik fail cerai itu. Apatah lagi sudah 27 tahun perkahwinan kami," katanya kepada mStar Online.
Erma ditemui pada majlis pelancaran konsert Ku Mohon di Equestarian Park Bukit Kiara di sini pada Selasa.
Kes berkenaan yang difailkan Erma pada awal Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Sepatutnya Erma dan Bade perlu hadir ke mahkamah pada Rabu (hari ini) dengan membawa wakil lelaki dari kalangan keluarga atau pun kenalan terdekat bagi proses pendamaian.
Sementara itu, Erma berkata dia dan Bade sebenarnya tidak mempunyai masalah rumah tangga namun punca dia memfailkan cerai kerana masalah lain yang berkait dengan perkahwinan mereka.
"Kami tak bergaduh pun. Penceraian ini tiada kaitan dengan Bade, tetapi kerana masalah lain, ia mengganggu perkahwinan kami.
"Mungkin saya beri peluang pada diri dan Bade untuk menerajui kehidupan bersama. Saya harap perkara ini tidak akan berlaku lagi," ujarnya.
Dalam pada itu, Erma juga berkata dia membuat keputusan untuk tidak mahu masuk campur hal-hal berkaitan madunya.
"Dulu saya baik dan mesra dengan madu, tetapi saya rasa perkara itu tidak patut berlaku. Sekarang ini saya tak mahu masuk campur dan tidak mahu ada kaitan dengan madu saya lagi," tuturnya.
Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 51, dan Erma atau Farimah Rahmad, 47, bernikah pada 30 November 1990.
Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.
Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia lapan bulan.
Terdahulu dalam satu temubual sebelum ini Erma dan Bade menafikan akan bercerai dan Bade menegaskan dia masih sayangkan Erma.

0 comments:
Post a Comment