Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang Mohd Izwan Md Said berkata, sebaliknya gambar reptilia sepanjang kira-kira tiga meter itu diambil dari luar negara dan disalahgunakan individu tidak bertanggungjawab untuk disebarkan di media sosial.
Mohd Izwan berkata, beliau mengakui pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan ada pelancong melihat objek menyerupai seekor buaya di perairan di Port Dickson antara 10 pagi hingga 12 tengah hari, 2 November lalu.
"Kami melakukan operasi mencari namun tidak mengesan sebarang kehadiran reptilia berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Izwan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti rekreasi di air.
Sementara itu, seorang pengguna laman sosial menyifatkan pereka cerita berkenaan seperti orang yang kurang kasih sayang.

Sumber: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment