Searching...
Saturday, October 24, 2015
3:16 AM 0

YA ALLAH! Semoga Tomok tabah dengan dengan dugaan ini...apa yang berlaku ada hikmahnya, sedih betul kami mendengar berita terbaru Tomok


Penyanyi Tomok disahkan patah dibahagian bahu kiri ketika bermain bola sepak pada petang Jumaat.

Kakaknya, Ismaliza Ismail, 35 memberitahu,Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 31, kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Tomok dibawa menaiki ambulan ke KPJ Shah Alam selepas terjatuh ketika bermain bola di sana, selepas itu dia dibawa ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan.

"Setakat ini selepas pemeriksaan xray, doktor mengesahkan bahu kirinya patah. Doktor juga ada beri pilihan untuk dia buat pembedahan atau tidak," ujarnya ketika dihubungimStar Online.

Sementara itu, Tomok menerusi laman Instgram memuat naik sekeping gambar x-ray dan menjelaskan keadaan kecederaan yang dialaminya.

Menurutnya, dia masih belum membuat keputusan sama ada untuk membuat pembedahan atau tidak.

"Nasib tidak baik semalam, tengah main bola padang, saya terjatuh dan landing bahu sebelah kiri dahulu. Panik juga la sebab bunyi prakkk... masa jatuh. Ambulans kemudian bawa saya ke hospital.

"Lepas x-ray doktor suruh saya buat pilihan sama ada buat operate atau tidak, entahlah tengah fikir lagi," tulisnya.

Sumber: mstar

0 comments:

Post a Comment