Searching...
Friday, October 16, 2015
2:40 AM 0

BIKIN PANAZZ! Mat Yo bikin kontroversi lagi selepas isterinya, lihat apa akibat yang diterimanya amat menyedihkan sekali


KUALA LUMPUR: Penyerang Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha digantung lima perlawanan dan didenda RM2,500 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan kesalahan memijak pemain lawan pada aksi Piala Malaysia, bulan lalu.

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya, semalam mendapati pemain berkenaan dengan sengaja memijak menggunakan stud pada kaki pemain Kedah sebelum dilayangkan kad merah. 

Kekasaran itu dilakukan oleh Norshahrul atau Mat Yo ketika mewakili Terengganu dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 18 September lalu. 

"Pemain, Norshahrul Idlan Talaha didapati bersalah kerana melanggar 'Article 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM 2015' dibaca bersama dengan 'Article 18 para 4 Kod Tatatertib FAM 2015," kata kenyataan yang dikeluar FAM. 

"Atas kesalahan itu, penyerang itu digantung daripada bermain untuk lima perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda sebanyak RM2,500,". 

Penggantungan ke atas Norshahrul bermula pada perlawanan Piala Malaysia 2015 bertemu Lions XII pada 26 September lalu yang juga penggantungan automatik. 

Ia diikuti baki tiga perlawanan Piala Malaysia peringkat kumpulan bermula aksi di laman sendiri Terengganu bertemu Kedah, esok di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, perlawanan dengan Johor Darul Ta'zim II pada 27 Oktober di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. 

Penggantungan keempat ialah ketika bertemu Lions XII pada 31 Oktober di Stadium Sultan Mizan manakala baki satu lagi penggantungan adalah dibawa ke perlawanan rasmi pertama yang seterusnya bagi Norshahrul. 

Selain gantung dan denda, Mat Yo turut diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Selanjutnya di : BH

0 comments:

Post a Comment